Sebelum saya mulakan,izinkanlah saya untuk memperkenalkan diri saya terlebih dahulu.Nama saya Nur Syahira binti Mohammad Syafiq Chandran bin Abdullah.Saya sudahpun berumur 14 tahun pada 25 Mac 2016.Saya sekarang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Paka(SMKP) dan saya berada di kelas 2KRK2.Anda mesti tidak sabar mahu tahu apa kisah-kisah saya,bukan? Hehe..
Anda pasti terkejut atau tidak percaya bahawa saya mempunyai penyakit kronik sewaktu saya berada di alam kanak-kanak.Ya,ketika berada di darjah 1,saya mula terkena penyakit yang agak kronik iaitu "Diabetes"(Kencing manis).Apa itu diabetes?
Baiklah,diabetes atau lebih dikenali sebagai kencing manis merupakan penyakit dimana tubuh tidak dapat menghasilkan insulin(hormon pengatur gula darah)atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi ataupun insulin tidak bekerja dengan baik.Oleh kerana itu,akan menyebabkan gula darah meningkat saat diperiksa.
Terdapat dua jenis Type utama dalam diabetes iaitu:
DIABETES TYPE 1
-Iaitu suatu keadaan dimana tubuh sudah sama sekali tidak dapat memproduksi hormon insulin sehingga penderita harus menggunakan suntikan insulin seperti saya dalam mengatur gula darah.Sebahagian besar penderitanya adalah kanak-kanak dan juga remaja seperti saya.
DIABETES TYPE 2
-Ia terjadi kerana tubuh tidak memproduksi hormon insulin yang mencukupi atau kerana insulin tidak dapat digunakan dengan baik(resistensi insulin).Type ini merupakan yang terbanyak diderita saat ini sering terjadi kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas,gemuk dan mempunyai riwayat diabetes dalam keluarga.
Saya dan juga penderita-penderita diabetes lain sering memberi gejala seperti berikut apabila menghidap diabetes:
~Haus dan banyak minum.
~Lapar dan banyak makan
~Sering membuang air kecil(lebih-lebih lagi pada waktu malam)
~Berat badan menurun atau menaik
~Mata menjadi kabur
~Luka lambat sembuh
~Mudah terjadi infeksi(gatal-gatal)pada kulit,saluran kencing dan gusi.
~Nyeri atau baal pada tangan dan kaki.
~Badan terasa lemah.
~Mudah mengantuk.
ADAKAH DIABETES DAPAT DISEMBUH?
Hingga kini,belum ditemukan penawar yang dapat menyembuhkan diabetes.Tetapi,dengan menurunkan berat badan,diet yang seimbang dan bersukan secara teratur boleh membuat gula darah kembali normal.Namun begitu,tidak bererti bahawa ia akan sembuh kerana jika pasien kembali gemuk,tidak berdiet secara seimbang dan tidak bersukan akan membuatkan gula darah kembali meningkat.Jadi,diabetes tidak dapat disembuh,tetapi gula darah dapat dikawal dalam batas normal.
Jadi para bloggers yang dikasihi Allah sekalian,kalian patut rasa bersyukur kerana Allah memberi rahmat kepad kalian menjadi sihat walafiat.Dapat berjalan,bernafas dan boleh melakukan kerja-kerja.Cuba bayangkan,bahawa seorang penderita Diabetes yang tidak menjaga kesihatannya.Apa yang berlaku terhadap mereka yang menghidap diabetes namun tidak menjaga kesihatan?YA,mereka akan dipotong kaki,akan dicuci darah kerana buah pinggang tidak berfungsi dan paling teruk akan diserang maut akibat serangan jantung.Jadi,jagalah kesihatan dan janganlah kita makan makanan yang tidak sihat dan terlalu banyak kalori kerana tidak mustahil akan mendapat penyakit diabetes seperti saya..


